Christina Suzanne Akui Dua Kali Duduki SPM Akibat Gagal


Christina Suzanne, mungkin ramai yang belum betul-betul mengenali pelakon drama Bicara Hati ini, namun baru-baru ini namanya menjadi sebutan bila muncul dalam filem terbaru iaitu KIL. Filem KIL adalah gandingan pertamanya bersama Redza Minhat, kini mendapat sambutan hangat penonton.

Namun, disebalik kejelitaan Christina yang dapat dilihat hari ini, gadis kacukan Melayu-Jerman ini mengakui bahawa diri pada zaman sekolah amat buruk dan busuk bahkan dia pernah menduduki peperiksaan SPM sebanyak dua kali kerana keputusan yang tidak mengalakkan.
“Zaman sekolah saya buruk, busuk dan tidak pernah dapat perhatian sesiapa. Ambil SPM pun dua kali. Kalau kawan lain, lepas SPM terus sambung belajar ke universiti atau kolej, tapi saya tidak.” Akur Christina.
Namun, kini Christina telah membuktikan bahawa dia mampu menempa nama sebagai pelakon dan berjaya berada sebaris dengan pelakon-pelakon lain.

0 comments: