Akhirnya Izara Aishah Perkenalkan Cinta Hatinya
Beberapa minggu lalu, kami ada mendedahkan yang Izara Aishah telahpun mempunyai cinta hati yang dirahsiakan. Akibat dari tersebarnya gosip tersebut, ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya yang menjadi cinta hati si gadis cantik manis ini. Kerana terlalu banyak pertanyaan yang diterimanya, akhirnya Izara Aishah akur untuk memperkenalkan cinta hatinya kepada umum.
Di dalam satu majlis gilang-gemilang bertemakan warna ungu yang berlangsung di Grand Millennium Hotel, Kuala Lumpur ini, majlis bermula dengan persembahan lagu Chantek yang didendangkan oleh Altimet & Adeep sebelum Izara Aishah yang berpenampilan serba ungu muncul untuk memperkenalkan cinta hatinya kepada umum. Apapun janganlah terkejut kerana OhArtis sendiri pun tak expect langsung akan siapa cinta hatinya ni. Rupa-rupanya cinta hati Izara Aishah ialah……
FUHH!! Rupa-rupanya cinta hati Izara Aishah adalah BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu di mana adalah formulasi baru dari BRAND’S® InnerShine, rahsia untuk “Kulit cantik menawan, semua tertawan” si Izara. Jauh menyimpang semua tekaan peminat selama ini. Macam-macam nama VIP keluar dikaitkan dengan Izara. Tapi berita baiknya kepada para jejaka yang meminati Izara, peluang masih terbuka luas nampaknya untuk kita semua.
Patutlah kulit Izara Aishah jelas nampak semakin cantik menawan sejak akhir-akhir ini. Setiap malam minum satu botol BRAND’S® InnerShine rupa-rupanya. Kini anda juga boleh mendapatkan kulit yang menarik seperti Izara.
0 comments: