Sabhi Saddi Akui Sudah Berkahwin Dan Sudah Bergelar Ayah


Dalam senyap, rupa-rupanya penyanyi Sabhi Saddi sudah pun berkahwin dengan seorang gadis Kelantan dan telah pun mempunyai seorang anak perempuan. Memang berita ini tidak diketahui ramai. Jutaan tahniah kami ucapkan kepada Sabhi atas berita gembira ini.

Isteri Sabhi bernama Rosi Aswani Abdul Razak, 27 tahun berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Mereka berdua telah selamat diijabkabulkan pada Julai tahun lepas. Anak perempuan mereka yang kini berusia 4 bulan diberi nama Sofea Reesya. Kata Sabhi kepada Kosmo:-

    Perkara ini (perkahwinan) merupakan hal peribadi. Jadi, saya tak mahu hebohkan kepada umum mengenainya kerana saya rasa tak perlu. Biarlah saya sahaja yang tahu mengenainya kerana ia merupakan privasi saya. Insya-Allah hujung tahun ni (perkenalkan isteri dan anak). Sebelum ini saya bimbang kalau saya hebohkan tentang perkahwinan kami, orang akan kata macam-macam. Sebab, ada peminat suka saya berkahwin dan ada juga yang tidak suka. Sebelum ini, bagi saya, biarlah rakan-rakan rapat dan keluarga terdekat sahaja yang mengetahui tentang perkahwinan kami itu.

Rasanya peminat sekarang sudah pandai menilai bakat berbanding status perkahwinan. Apa pun, semoga Sabhi sekeluarga akan terus kekal bahagia dengan perkahwinan ini sehingga ke hujung hayat. Jutaan tahniah diucapkan sekali lagi.

0 comments: