PEMBONGKARAN FAKTA PIRING ASTRO MENGHADAP KAABAH ADALAH PALSU!
Fakta para bola astro menghadap Kaabah atau kiblat bagi orang islam dikatakan mengarut dan memalukan agama islam itu sendiri. Seharusnya, kita menyangkal dengan cara baik tanpa ayat memalukan agama kita sendiri. Mana yang salah kita perbetul dan yang betul kita cuba perkembang. Baca ulasan di bawah mengenai fakta mengarut piring astro menghadap Kaabah.
Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada ‘piring para bola’ untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?
KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
FAKTA SEBENAR : Hanya Semenanjung Malaysia sahaja piring astro kebetulan seakan-akan menghadap kiblat. Tapi tidak di Sabah dan Sarawak. Malah sekiranya kamu tinggal di negara-negara lain. Tiada satu pun piring satelit menghadap ke arah kiblat!
“Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
FAKTA SEBENAR : Ini juga karut, kalau Mekah merupakan pusat radiasi tidak berinfiniti, semua orang yang pergi ke Kaabah dan juga yang tinggal di kawasan sekitar Kaabah akan terdedah dengan radiasi. Tak tahu apa radiasi boleh buat pada tubuh kamu? Sila baca ini
“Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk kedua-dua medan adalah sama kuat.
FAKTA SEBENAR : Ini juga satu pembohongan, di sekeliling Masjidilharam, banyak terdapat kedai-kedai yang menjual kompas kiblat, semuanya berfungsi bukan? Jika tidak, masakan kamu mahu membelinya?. Hasil perbualan saya dengan seorang kawan, dia telah bertanya isu kompas ini pada kenalannya yang duduk disana. Menurut kenalannya, kompas masih berfungsi seperti biasa di Kaabah.
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
FAKTA SEBENAR : “Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tisu badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini,” jelasnya
Rasulullah sendiri wafat pada usia 63 tahun. Sekiranya kamu hidup lebih lama dari baginda, alhamdulillah. Kerana itu satu bonus untuk kamu dari Allah SWT. Tiada satu pun manusia tertua didunia ini yang tinggal disana. Buktinya ada disini.
Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di “Centre of the earth”. Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah. Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaranNya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.
Ya, Tawaf sangat baik untuk kesihatan, kerana kamu berjalan dan menggerakkan anggota badan kamu. Bukan kerana pusat radiasi, pusat bumi dan juga kompas tidak bergerak.
Dan satu lagi, Neil Armstrong tidak pernah sekalipun memeluk Islam!
Kita tak perlukan kepercayaan karut untuk sujud menghadap Kaabah, kerana kita ada Rukun Iman. Allah arahkan solat menghadap kiblat, maka kita patuh pada perintahNYA sebagaimana Rasul saya patuh pada perintahNYA.
0 comments: