Maya Karin Bercuti Di Kemboja
Umum tahu, pelakon jelita iaitu Maya Karin amat gemar melancong dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung, memasuki hutan serta menyelam ke dasar laut.
Terbaru menerusi laman Instagram milik Maya, pelakon ini difahamkan telah bercuti ke Kemboja dan sepanjang berada di sana, Maya telah sempat berkongsi beberapa foto menariknya untuk peminat di Malaysia.
Menerusi foto-foto yang dipaparkan, nampaknya Maya tidak bercuti berseorangan, malah pelakon ini turut ditemani ibu tersayang.
Setelah pulang dari Kemboja, Maya terus ke studio bagi merakamkan single ketiga bersama syarikat rakaman Warner Music Malaysia.
0 comments: