Komen Shaheizy Sam Tentang Gosip Cinta Dengan Fazura – “Itu Ibu Saya”
Kami sebenarnya tidak pasti bagaimana ibu Shaheizy Sam yang mempunyai penampilan berbeza dengan Fazura yang kecil molek itu boleh disalah ertikan sebagai orang yang sama. Tapi itulah yang diberitahu oleh Sam kepada Harian Metro hari ini, yang wanita yang berpegang tangan erat dengannya di pusat membeli-belah ialah ibunya, bukan Fazura.
Sam memberitahu akhbar tersebut yang dia sering keluar bersama Fazura, tetapi sebagai rakan artis.
Ia bukan kali pertama soalan ini diajukan, tetapi sudah banyak kali. Saya akui memang saya dan Fazura teman rapat tetapi kami tiada apa apa ikatan.
Cukuplah saya katakan kami kawan dan akan terus berkawan. Kalau ada dakwaan mengatakan saya dan Fazura sering keluar bersama, saya akui ya kami selalu keluar tetapi secara faktanya hubungan itu hanya sebagai rakan artis.
Ini sekaligus menafikan pelbagai dakwaan di media sosial yang melihat pasangan Sam dan Fazura jalan sambil berpegangan tangan dengan erat di tempat dan waktu berlainan sejak kebelakangan ini. Sebenarnya menurut Sam, wanita itu ialah ibunya yang katanya juga, seiras dengan Fazura.
Kalau saya katakan tangan wanita yang dipegang itu ibu saya, adakah anda percaya? Tetapi, itu ialah jawapannya. Wanita itu ialah ibu saya.
0 comments: