Adira Nafi Masuk Hospital Akibat Kulit Terlalu Putih
Fuh ~~ Tak sangka kulit putih sangat pun boleh menimbulkan kontroversi. Kesian pulak kami kat si Adira ini. Baru-baru ini apabila Adira berkongsi gambarnya dimasukkan ke hospital, terus banyak pihak menganggap kemasukannya itu adalah kerana pengambilan ubat pemutihan kulit.
Memang jika makan ubat cantikkan kulit yang tidak diluluskan KKM akan ada bahayanya. Namun Adira memberitahu yang kemasukkannya ke hospital adalah akibat demam panas. Tida ada kaitan dengan kulit putihnya itu. Kata Adira:-
Saya dimasukkan ke hospital pada Khamis minggu lalu setelah beberapa hari demam. Pada mulanya saya cuba untuk bertahan, tetapi lama kelamaan keadaan menjadi semakin teruk. Saya mula rasa hendak pitam dan badan juga semakin lemah.
Selepas empat hari demam dan masih tiada tanda-tanda panas berkurangan, barulah saya gagahkan diri ke hospital. Suhu badan saya ketika itu agak tinggi, sekitar 43 darjah Celcius. Saya dimasukkan ke hospital selama tiga hari dan dibenarkan keluar Ahad lalu.
Mungkin mereka yang membuat tuduhan itu cemburu melihat keputihan dan kegebuan kulit Adira. Tak perlu nak cemburu. Hitam itu kan manis? Kepada Adira, semoga lekas sembuh sepenuhnya. Jaga diri dan pentingkan kesihatan tubuh badan.
0 comments: