GAMBAR POLIS MAKAN RASUAH SENSASI DI INTERNET!

0 comments
Gambar Hiasan

Inilah namanya polis. Apabila sebut polis dalam kebanyakan kepala mereka yang sedar polis kuat makan rasuah.

Inilah sebagai buktinya dan malang apabila gambar mereka berjaya dirakam. Lagi-lagi teramat malang perbuatan mereka dirakam Allah tetapi inilah yang tak disedari mereka.

Mereka juga lupa pesan nabi kita “Perasuah dan pemberi rasuah di dalam neraka”. Nauzubillah…

Kalau anda melihat polis dan pemandu berselindung di sebalik kereta yang ditahan di tepi-tepi jalan, polis nak ‘pau’lah dan pelbagai lagi cara nak membaham rasuah.

Semoga kita sebagai pencinta anti rasuah kena tukarkan kepala kerajaan dan kerajaan yang rasuah.

Insyaallah polis tidak rasuah dan rakyat juga tak merasuah sekiranya kerajaan yang tak rasuah dan merasuah dipilih.

Taklah menjadi anak kencing berdiri kerana bapak kencing berlari.


Read More »

Insaf : Harumnya Masyitah Si Penyikat Rambut Anak Firaun

0 comments

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda

”Pada saat malam terjadinya Isra’ saya mencium bau harum, sayapun bertanya, ”Ya Jibril, bau harum apakah ini?”

Jibril menjawab,”Ini adalah bau wangi wanita penyisir rambut putri Fir’aun (Masyithah) dan anak-anaknya.”

Saya bertanya, ”Bagaimana demikian?”

Jibril bercerita,”Ketika dia menyisir rambut putri Fir’aun suatu hari, tiba-tiba sisirnya terjatuh. Dia mengambilnya dengan membaca ”Bismillah (dengan nama Allah).”

Putri Fir’aun : ”Hai, dengan nama bapakku?"

Masyithah : "Bukan, Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu begitu juga Tuhan bapakmu."

Putri Fir’aun : "Kalau begitu, kamu punya Tuhan selain ayahku?"

Masyithah : "Ya."

Putri Fir’aun : "Akan aku lapor*kan pada ayahku."

Masyithah : "Silahkan!"

Putri Fir’aun kemudian melaporkan kepada bapaknya, dan Fir’aun pun kemudian memanggil Masyithah.

Fir’aun bertanya, ”Ya Masyithah, apakah kamu mempunyai tuhan selain aku?”


Masyithah menjawab, ”Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”


Kemudian Fir’aun memerintahkan untuk mempersiapkan periuk besar dari tembaga untuk dipanaskan. Satu persatu anak wanita tukang sisir itu kemudian dilemparkan ke dalam periuk yang mendidih.


Beberapa saat kemudian, Masyithah berkata kepada Fir’aun,”Saya mempunyai satu permohonan.”

Fir’aun : "Katakanlah."

Masyithah :,"Saya ingin engkau mengumpulkan tulang-tulangku dan tulang-tulang anakku dalam satu kain/kantong untuk kemudian dikuburkan."

Fir’aun : "Akan aku penuhi permintaanmu."

Lalu satu demi satu anaknya dilemparkan ke dalam periuk mendidih itu di depan matanya, sampai akhirnya tinggal seorang bayi yang masih menyusu. Pada saat itu wanita tukang sisir nampak ragu-ragu.

Si bayi diatas gendongan Masyithah, atas izin Allah tiba-tiba berbicara,”Terjunlah Ibu! Ayo terjunlah, adzab dunia lebih ringan daripada adzab Akhirat.” Mendengar anaknya berbicara si ibupun langsung terjun bersama bayinya.

Demikianlah sebuah kisah yang tercantum dalam Musnad Imam Ahmad, 4/291-295 dan juga tercantum dalam Majma’uz Zawa’id, 1/65. Anisul Jalabi II, Ali Al-Hazza’. Kisah dari seorang wanita bernama Mashithah yang menjadi penerang kegelapan istana Fir’aun. Dia mempertahankan kebenaran, meskipun berat dan pahit terasa. Lalu siapakah pembawa obor bagi kita di kegelapan abad dua puluh satu ini?

Read More »

Zubir Dakwa Ibu Diana Danielle Sahkan Anaknya Sudah Bersalin

1 comments


Zubir daripada Berita Harian seringkali mempunyai cerita-cerita sensasi yang dikongsikan menerusi ruangannya setiap hari Ahad. Ada yang benar, namun tak kurang juga yang kurang tepat. Ahad lalu, Zubir mendakwa yang ibu Diana Danielle telah mengesahkan anaknya sudah pun bersalin.

Menerusi tulisan ringkas selepas artikelnya, Zubir mendakwa yang khabarnya ibu Diana Danielle telah mengesahkan kepada teman baiknya yang merupakan seorang VIP, bahawa anaknya, Diana Danielle sudah pun bersalin. Sebelum ini Farid Kamil mengumumkan yang Diana Danielle dijangka bersalin pada 15 Julai ini.


Pada pendapat kami, Diana Danielle sekurang-kurangnya perlu tampil menerusi akaun sosial medianya untuk menafikan dakwaan sebegini sekiranya ia adalah tidak benar. Tunjukkan sahaja gambar perut anda yang sedang sarat mengandung untuk memuaskan hati semua pihak. Baru terdiam orang-orang yang membawa cerita sebegini. Tak gitu?

Read More »

Fakta : Perbezaan Remaja 15 tahun dulu dan SEKARANG!!

0 comments

Masa berlalu, sekarang dah 2013, tak lama lagi 2014 pula tanpa kita sedari..Macam-macam dah berubah termasuk la remaja dari semua segi. Cuba korang bayang apa korang buat masa umur 15 tahun dulu. Ingat cuba korang fikir apa bezanya dengan mereka yang berumur 15 tahun sekarang...dapat? Kalo x dapat, mari kita tengok bawah ni..Ada benar juga lukisan orang ni...:-))

Betul x?


Read More »

Panas! - Zizan Ke Paris Berlakon The Smurfs 2?

0 comments


Pada malam 20 Jun yang lepas, melalui akaun Twitter Zizan Razak, selebriti itu menyatakan akan berlepas ke Paris dan destinasi pertama yang dituju adalah Amsterdam dan seterusnya Brussels.

Kami tak berapa pasti apa tujuan Zizan ke sana. Kemungkinan besar Zizan sedang dalam percutian sambil bekerja dan menghadiri Global Smurfs Day yang diadakan di Paris pada 22 Jun 2013.

Kalau anda nak tahu, Global Smurfs Day adalah satu-satunya hari yang mengumpulkan para peminat, selebriti mahupun kru yang terlibat dengan The Smurf bersempena ulangtahun kelahiran pencipta Smurfs, Peyo.

Untuk pengetahuan semua, Zizan sendiri telah menyumbangkan suaranya untuk karakter Vanity dalam The Smurfs 2 versi Bahasa Melayu yang dijangka ditayangkan pada 8 Ogos 2013.

Dalam pada masa yang sama, Zizan sempat lagi memuat naik beberapa keping gambar pemandangan bangunan di sana sambil ‘tag’ nama Emma Maembong di laman Instagram. Hmm betul ke kedua-dua selebriti tak ada hubungan istimewa? Musykil dibuatnya.


Apapun, jom saksikan beberapa keping foto Zizan bertukar menjadi karakter Smurf di bawah. Comel juga bila seluruh muka Zizan dicat warna biru. Memang nampak la ada sedikit iras-iras Smurf.





Read More »

Menakjubkan - 8 Kelahiran Paling Pelik Di Dunia Pernah Dicatatkan!!!

0 comments

Kelahiran bayi adalah saat yang paling dinanti-natikan oleh ibu bapa kepada bayi tersebut. Dalam dunia ni kita tahu macam-macam kelahiran telah berlaku. Tapi di sini ada 8 kelahiran pelik pernah dicatatkan dalam sejarah dunia. Memang sangat pelik. Macam tak masuk akal pon ada. Tapi itu semua kuasa Allah, tiada apa yang boleh melawan zat Nya. Jom pelikkan diri.

Ibu Termuda Dunia (5 tahun)


Lina Edina ialah seorang ibu termuda yang dikenal pasti dalam sejarah perubatan. Dia dilahirkan pada 27 September 1933 di sebuah perkampungan kecil Paurange dan berusia hanya 5 tahun 8 bulan ketika melahirkan anaknya pada 14 Mei 1939. Sebelum itu, ibu bapa Lina Medina menganggap anak perempuan mereka yang berusia 5 tahun menghidap tumor abdomen yang besar apabila bapanya membawanya ke hospital. Walau bagaimanapun, ia berubah apabila dia dilaporkan mengandung dan berat bayinya 2.7 kg.

Bayi Terkecil Dunia


Rumaisa Rahman dilahirkan pada 19 September 2004 dengan kepanjangan 10 inci dan berat 8.6 auns. Ibunya Mahajabeen Sheikh hanya mengandung selama 25 minggu dan 6 hari.

Ibu Lelaki Pertama Dunia


Thomas Beatie dilahirkan sebagai seorang wanita sebelum dia menjalani pembedahan untuk bertukar menjadi seorang lelaki. Apabila isterinya yang berusia 34 tahun pada ketika itu tidak boleh hamil disebabkan oleh hysterectomy (pembedahan dan pembuangan rahim), Thomas Beatie mengambil keputusan yang dia sendiri akan mendapatkan zuriat melalui permanian beradas (artificial insemination).

Kembar Hitam Dan Putih


ni antara kes satu dalam sejuta kembar yang masih hidup yang dilahirkan dengan kulit dan warna mata yang berbeza. Marcia dan Millie Biggs kedua-duanya berumur 4 tahun mengejutkan ramai dokor, guru dan orang ramai apabila diyakinkan mereka adalah kembar. Marcia berambut perang mengikut belah ibunya sementara Millie yang berkulit hitam mengikut belah bapanya.

Anak Paling Ramai Selamat Dalam Satu Kelahiran (8 orang)



Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez mendapat perhatian antarabangsa apabila dia melahirkan 8 orang bayi dalam satu kelahiran pada Januari 2009. Kesemua bayi diperoleh melalui kaedah in-vitro fertilization. Ibu tunggal yang tidak bekerja ini sudah mempunyai 6 anak kecil di rumah yang juga hasil daripada kaedah in-vitro fertilization.

Ibu Tertua Untuk Kelahiran Pertama (70 tahun)


Rajo Devi Lohan dari India melahirkan anak pertamanya pada November 2008 apabila dia berusia 70 tahun.

Ibu Tanpa Kaki Dan Tangan


Melek, 24, menjadi ibu kepada bayi bernama Semih. Walaupun tiada kaki dan tangan, dia masih berjaya untuk mempunyai anak melalui pembedahan perut untuk melahirkan bayi (caesarean sention).

Ibu Bapa Hitam Dan Anak Putih


Pasangan Nigeria, Ben dan Angela Ihegboro melahirkan seorang bayi perempuan berkulit cerah, bermata biru dan berambut perang yang mengejutkan semua pakar. Bayi ini tidak albino. Ujian saintifik juga menafikan setiap gosip ketidaksetiaan si isteri. Kes yang lebih kurang serupa seperti Jennifer Stweart.

Read More »

Gila - Hina Allah Kerana Pakwe!!!

2 comments
 gambar hiasan
Seorang gadis yang dikatakan berumur 14 tahun seolah-0lah tiada pegangan agama apabila membalas komen dari rakannya. Gambar di bawah ini jelas menunjukkan kepada kita betapa ceteknya ilmu agama remaja Islam sekarang. Sangat jauh lari dari landasan Islam yang telah ditetapkan oleh-Nya.


Ramai orang yang bersetuju jika penulis mengatakan “cinta itu buta”, tetapi kita sebagai Umat Islam seharusnya ingat jangan sesekali kita buta hati kita kepada Allah kerana cinta kita kepada manusia. Sesungguhnya cinta paling agung adalah cinta kita kepada Allah dan Rasul. Cinta itu yang akan kekal abadi dan sebagai bekalan kita di hari akhirat.

Read More »